MPI Perkukuh Komitmen Pembangunan Modal Insan Bersama JPK

SEPANG, 13 Julai 2026 – Malaysian Press Institute (MPI) terus memperkukuh komitmen dalam menyokong pembangunan modal insan menerusi penyertaan dalam Majlis Amanat Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) kepada Pengurusan Badan Peneraju Industri (Industry Lead Body, ILB) yang berlangsung di Sama-Sama Hotel, Sepang.

Majlis tersebut menjadi platform penting bagi menyampaikan aspirasi, hala tuju strategik serta inisiatif terkini JPK dalam memperkasa pembangunan bakat berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan industri dan agenda pembangunan negara.

Seiring dengan usaha memperkukuh ekosistem kemahiran negara, MPI komited menyokong pembangunan kompetensi tenaga kerja melalui peningkatan keupayaan, latihan berasaskan industri serta kerjasama strategik yang mampu melahirkan tenaga kerja berdaya saing, relevan dan bersedia menghadapi cabaran semas

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Datuk Yong Soo Heong, Presiden MPI; Norlida Jamain, Pengurus Besar MPI; serta Norfatin Syahira Jusoh, Eksekutif Pentadbiran/Kesetiausahaan MPI.

#mpicommit


Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest