MPI Dan TNB Bincang Potensi Kerjasama Program Untuk Pengamal Media

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2026 – Malaysian Press Institute (MPI) mengadakan sesi perbincangan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) di TNB Platinum bagi membincangkan potensi kerjasama strategik, termasuk cadangan pelaksanaan program yang dinantikan oleh pengamal media.

Delegasi TNB diwakili oleh Anita Perumal, Ketua Komunikasi Strategik Korporat; Raja Mohd Aman Shah Raja Mohd Tahir, Komunikasi Luaran, Komunikasi Korporat Kumpulan (TNB) dan Puan Hanim Idris, Pengurus Perhubungan Media. MPI pula diwakili oleh Dr. Nuzatul Shima Sulaiman, Pengurus Kanan Pengurusan Projek; Salman Husni Abdollah, Pengurus (Anugerah), Projek Khas; serta Ibrahim Darman, Ketua Unit Media Sosial.

Perbincangan tersebut menjadi platform untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan dan meneliti peluang kerjasama dalam merangka program yang relevan dengan keperluan pengamal media, di samping memperkukuh hubungan antara industri media dengan sektor korporat.

Inisiatif ini diharap dapat membuka ruang kepada pembangunan program yang memberi nilai tambah kepada pengamal media, khususnya dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman terhadap perkembangan industri serta komunikasi korporat.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest