TV3 Muncul Juara PAAB Media Pickleball Challenge 2026

AMPANG, 1 November 2026 – Pasukan TV3 muncul juara PAAB Media Pickleball Challenge 2026 yang berlangsung di Cave by PP Club, Ampang, selepas menampilkan aksi cemerlang dalam pertandingan yang menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai agensi media.

Pertandingan anjuran Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) itu berlangsung meriah dengan perlawanan sengit apabila setiap pasukan mempamerkan kemahiran, strategi dan semangat kesukanan masing-masing dalam memburu gelaran juara.

Hadir memberikan sokongan ialah Ir. Zulkiflee Omar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PAAB, dan Datuk Yong Soo Heong, Presiden Malaysian Press Institute (MPI).

MPI turut berperanan sebagai rakan media bagi menjayakan program berkenaan, yang bukan sahaja menyediakan ruang kepada pengamal media untuk beraksi dalam sukan pickleball, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuh jaringan profesional antara agensi media.

Penganjuran program seperti ini turut menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, di samping memupuk semangat kerjasama serta persahabatan dalam kalangan warga industri media.

Tahniah kepada pasukan TV3 atas kejayaan merangkul gelaran juara serta syabas kepada semua agensi media yang mengambil bahagian dalam PAAB Media Pickleball Challenge 2026.

#mpicommit

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest