MPI Kunjungi Lembaga Zakat Selangor, Bincang Kerjasama Latihan

SHAH ALAM, 21 Julai 2026 – Kunjungan hormat Malaysian Press Institute (MPI) ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Menara Zakat Sultan Idris Shah, Shah Alam hari ini membuka ruang kepada potensi kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi, khususnya dalam bidang latihan perhubungan media dan komunikasi strategik bagi memperkukuh usaha pengurusan media LZS.

Sesi pertemuan telah dipengerusikan oleh En. Kamarulzaman Omar, Ketua Divisyen Strategi Korporat LZS, dan turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Jabatan Komunikasi serta Jabatan Sumber Manusia LZS. Delegasi MPI pula diketuai oleh Dr. Nuzatul Shima Sulaiman, Pengurus Kanan, Pengurusan Projek, bersama Cik Nurshahira Sharum, Pelatih Kandungan Kreatif.

MPI merakamkan penghargaan atas kesudian LZS menerima kunjungan ini dan berharap pertemuan tersebut menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat serta memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi pada masa hadapan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter