Literasi Media CAAM Dedah Wakil Media Kepada Operasi Kawalan Trafik Udara

KUALA LUMPUR, 30 September 2026 – Program Literasi Media anjuran Centre for Asian Media and Multimedia (CAMM) memberi peluang kepada wakil media mendapatkan pendedahan lebih dekat mengenai peranan, fungsi dan operasi Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), khususnya dalam aspek keselamatan serta pengurusan trafik udara negara.

Program tersebut turut dihadiri Presiden Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Yong Soo Heong; Pengerusi CAAM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi; Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Dato’ Kapten Norazman bin Mahmud; Pengarah CAMM, barisan pengurusan kanan CAMM serta wakil-wakil media.

Program Literasi Media ini menjadi platform untuk memperkukuh kefahaman pengamal media terhadap peranan CAAM dan operasi sektor penerbangan awam, di samping memberi gambaran lebih jelas mengenai proses serta sistem yang menyokong kelancaran perjalanan udara.

Dalam program berkenaan, wakil media turut dibawa melawat ke menara kawalan bagi melihat dengan lebih dekat operasi kawalan trafik udara. Peserta diberikan penerangan mengenai bagaimana menara kawalan berfungsi dalam memantau dan mengurus pergerakan pesawat, termasuk ketika pesawat berlepas, mendarat serta berada di ruang udara yang dikawal.

Sesi lawatan tersebut turut memberi peluang kepada wakil media untuk memahami peranan pegawai kawalan trafik udara yang bertanggungjawab memastikan pergerakan pesawat diurus secara teratur dan selamat berdasarkan prosedur serta sistem komunikasi yang ditetapkan.

Penerangan secara langsung di lokasi operasi berkenaan membantu wakil media mendapatkan perspektif yang lebih menyeluruh mengenai kompleksiti pengurusan trafik udara serta kepentingan koordinasi antara pelbagai pihak dalam memastikan operasi penerbangan berjalan lancar.

Selain sesi lawatan ke menara kawalan, program turut membuka ruang interaksi antara pengurusan CAAM, CAMM dan wakil media melalui perkongsian maklumat serta sesi soal jawab berkaitan isu dan perkembangan semasa sektor penerbangan awam.

Pendedahan seperti ini dilihat dapat membantu pengamal media memahami dengan lebih tepat sesuatu isu sebelum diterjemahkan kepada laporan dan kandungan untuk tatapan masyarakat.

Program Literasi Media CAMM juga mencerminkan kepentingan hubungan berterusan antara agensi, organisasi media dan pengamal media dalam memastikan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat adalah tepat, jelas dan bertanggungjawab.

Melalui pendekatan berbentuk pendedahan secara langsung seperti ini, wakil media bukan sahaja memperoleh maklumat daripada sesi penerangan, malah dapat melihat sendiri bagaimana operasi sektor penerbangan awam dilaksanakan di lapangan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter