“AI & Media – Tool, Threat, or Opportunity?” Dibincang di Forum HAWANA 2025

Kuala Lumpur, 14 Jun 2025 – Forum HAWANA 2025 diteruskan dengan perkongsian teknologi mengenai “AI & Media – Tool, Threat, or Opportunity?” yang membincangkan peranan dan cabaran kecerdasan buatan (AI) dalam industri media.

Sesi ini menampilkan dua editor media iaitu Editor Kanan Astro AWANI, Encik Nazri Kahar dan Ketua Unit Bahasa Malaysia & Video FMT Sdn. Bhd, Encik Zahrul Alam Yahya Shahir, yang berkongsi pandangan dan pengalaman mereka berkaitan penggunaan AI dalam operasi bilik berita media masing-masing.

Perbincangan meliputi potensi AI sebagai alat bantu, risiko penyalahgunaan, dan bagaimana teknologi ini boleh dimanfaatkan secara beretika dalam penyampaian maklumat.

Sebelum forum berakhir, kesemua panelis, pengamal media dan para tetamu lain bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest