Malaysian Press Institute (MPI) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong atas penganugerahan Anugerah HAWANA sempena Majlis Kemuncak HAWANA 2025 yang berlangsung pada 14 Jun 2025 di Dewan Merdeka, WTCKL.
Anugerah ini sebagai pengiktirafan kepada sumbangan besar beliau dalam dunia kewartawanan dan pembangunan institusi media negara.
Delegasi Malaysian Press Institute mengucapkan tahniah buat Datuk Yong Soo Heong atas pengiktirafan anugerah yang diterima ini.




