Cyberjaya, 21 Februari 2025 – Delegasi Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Malaysian Press Institute (MPI) bagi membincangkan pelbagai aspek berkaitan komunikasi dan program peningkatan kecemerlangan dan prestasi pasukan.
Perbincangan ini menekankan kepentingan komunikasi yang berkesan dalam sesebuah organisasi, khususnya dalam memperkukuh hubungan antara staf, selain mempastikan bahawa maklumat berkenaan syarikat diterjemah dan disampaikan secara berkesan. Delegasi PETROS turut menunjukkan minat yang mendalam terhadap program latihan dan bengkel yang ditawarkan oleh MPI, terutamanya dalam bidang pembangunan kemahiran pengurusan, kesejahteraan mental, peningkatan produktiviti pekerja, perhubungan media yang bermatlamat menggalakkan peningkatan kecemerlangan dan prestasi pasukan.
Delegasi PETROS diketuai oleh Ketua Kumpulan Komunikasi Strategik, Joseph Balan, serta diiringi oleh dua Penganalisis Kanan Kumpulan Komunikasi Strategik, Aaron Gugkang dan Madeleine Ang, serta Penganalisis Siswazah Komunikasi Strategik, Andrea Tommy Jok disambut oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong, bersama Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain, dan Pengurus Kanan Latihan MPI, Puan Norhafiza Kamaludin.
Pertemuan kedua akan diatur bagi membincangkan secara terperinci modul program latihan yang dijangka diadakan pada bulan April ini.







