Rembau | 6 Januari 2026 – Hari ini telah berlangsung ‘Forum Industri – Media Matters: Navigating Truth, Trust and Transparency’ di Dewan Biduanda, UiTM Kampus Rembau, Negeri Sembilan.
Forum industri ini secara umumnya memberi penekanan kepada kepentingan kebenaran, kepercayaan dan ketelusan dalam penyampaian maklumat, selari dengan perkembangan pesat teknologi digital serta pengaruh media sosial terhadap cara masyarakat menerima dan menilai berita.
Forum ini menampilkan Presiden Malaysian Press Institute (MPI), YBhg. Datuk Yong Soo Heong sebagai salah seorang panel, yang berkongsi pandangan berhubung peranan pengamal media dalam mengekalkan etika kewartawanan dan integriti profesional. Perbincangan turut menyentuh cabaran yang dihadapi industri media dalam menangani penularan maklumat palsu, di samping keperluan membina kepercayaan khalayak melalui pelaporan yang bertanggungjawab, telus dan berteraskan fakta.
Terima kasih atas jemputan, UiTM Kampus Rembau, Negeri Sembilan.




