Cyberjaya | 10 Julai 2025 – Pada sebelah petang, sesi perbincangan secara dalam talian bersama pihak Scorpion Tacts Services Sdn. Bhd telah diadakan. MPI diwakili Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail dan Pengurus Besar, Puan Norlida Jamain. Manakala Scorpion Tact diwakili oleh Perunding Kanan, Puan Sharifah Nur Zulaikha Syed Agil.
Perbincangan ini bertujuan untuk memuktamadkan program kerjasama pertama kedua-dua pihak iaitu program Literasi Keselamatan dan Kesihatan yang akan dianjurkan pada Ogos depan.
Perbincangan meliputi kandungan modul, penceramah dan format pelaksanaan.
Program yang mensasarkan penyertaan pengamal media ini, bakal menampilkan pakar-pakar dalam bidang keselamatan dan kesihatan yang akan memaparkan statistik dan kajian kes berkaitan.






