Kerjasama Strategik MPI–PETRONAS Diperkukuh Menjelang 2026

KUALA LUMPUR, 7 Januari 2025 – Malaysian Press Institute (MPI) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) hari ini mengadakan pertemuan dalam satu majlis makan tengah hari di Menara Berkembar PETRONAS sebagai usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi bagi tahun 2026.

Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada kesinambungan kerjasama melibatkan Hadiah Kewartawanan Malaysia, di mana PETRONAS telah menjadi penaja utama secara konsisten saban tahun sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan profesionalisme dan kecemerlangan kewartawanan negara.

MPI turut merakamkan ucapan tahniah kepada Datin Arni Laily Anwaruddin atas pelantikan beliau sebagai Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik, Kumpulan Perhubungan Strategik dan Komunikasi PETRONAS berkuat kuasa 1 November 2025.

PETRONAS diwakili oleh Datin Arni Laily Anwaruddin; Jalina Joheng, Pengurus Besar, Saluran dan Perhubungan Media; Sofea Chok Suat Ling, Pengurus Kanan, Pengurusan Media, Saluran dan Perhubungan Media; Faliza Yaakup, Pengurus Kanan, Pengurusan Saluran dan Platform, Saluran dan Perhubungan Media serta barisan pengurus dan pegawai komunikasi PETRONAS.

Sementara itu, delegasi MPI diketuai oleh Datuk Yong Soo Heong, Presiden MPI, bersama Dr. Haji Ainol Amriz Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif. Turut hadir ialah barisan Ahli Majlis Pentadbir MPI yang terdiri daripada Encik Zamri Rambli, Encik Choo Joon Kian, Encik Thiaga Rajah, Encik Mohd Azri Atan serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI, Dr. Safar Hasim dan Datuk Mustapha Omar.

Pengurusan MPI turut diwakili oleh Puan Norlida Jamain, Pengurus Besar dan Encik Muhammad Asyraf Rosmidi, Eksekutif Kandungan Kreatif.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan MPI dan PETRONAS dalam memperkukuh ekosistem media dan kewartawanan negara melalui sokongan strategik, kerjasama industri dan inisiatif pembangunan berimpak tinggi pada masa hadapan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter