21 Januari 2025, Pulau Pinang – Tim Malaysian Press Institute (MPI) telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Komunikasi Hotel Shangri-La, YBhg Dato Suleiman Tunku Abdul Rahman, bertempat di Hotel Shangri-La Rasa Sayang, Pulau Pinang pada pagi tadi.
Delegasi MPI juga dibawa untuk meninjau kemudahan terbaik yang ditawarkan di sekitar kawasan hotel tersebut. Dalam masa yang sama, kerjasama kedua-dua pihak turut dibincangkan bagi memperkasakan lagi program-program MPI yang bakal diadakan.

