Kuala Lumpur, 25 Mac 2025 – Dapat hadir Majlis Berbuka Puasa dan Pratonton Eksklusif Filem Web PETRONAS – ANAK SIAPA INI ? bersama media di KLCC, Kuala Lumpur. Majlis yang cukup meriah dihadiri ramai rakan media pelbagai agensi, rakan strategik PETRONAS.
Malaysian Press Institute (MPI) hadir meraikan bersama dan menzahirkan ucapan terima kasih di atas sokongan dan tajaan daripada PETRONAS untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM).
MPI dihadiri Presiden, Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz Ismail dan staf MPI.
Ucapan pembukaan majlis ini dilaksanakan oleh Puan Siti Azlina Abd Latif, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Perhubungan & Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS.





