Media Selangor Setuju Jadi Ahli MPI

4 Okt, Cyberjaya —Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree menyambut baik perbincangan yang berlangsung dalam pertemuan dengan MPI. Antara perkara yang dibincangkan termasuk kepentingan dan keperluan latihan, serta peluang latihan industri yang ditawarkan oleh Media Selangor kepada mana-mana Universiti dan Kolej yang berkolaborasi dengan MPI. Beliau turut menyatakan persetujuan Media Selangor Sdn Bhd menjadi ahli MPI.

Turut serta dalam perbincangan ini adalah Encik Mohd Zulkifli Ismail Ketua Kluster Operasi dan Strategik, Encik Fathi Aris Pengarang Kumpulan, Encik Iskandar Alang Zainuddin Penyelaras Operasi dan Editorial, Puan Marniza Othman Penyelaras Operasi dan Teknikal, dan Encik Noor Azam Shairi Pengarang Kumpulan Operasi dan Strategik Media.

Dengan pengalaman 15 tahun dalam industri penerbitan, Media Selangor menerbitkan akhbar dalam empat Bahasa utama iaitu Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil serta mengendalikan portal berita dan pelbagai program lain.

Media Selangor tidak hanya berperanan dalam menyampaikan berita, tetapi juga berkomitmen untuk membentuk masyarakat yang lebih terinformasi dan proaktif, mendorong penglibatan rakyat dalam isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan mereka.

Dari kiri : Encik Fathi Aris, Encik Noor Azam, Encik Zulkifli, Tuan Haji Ainol, Datuk Yong, Encik Mohamed Fareed, Encik Zamri, Puan Norlida, Puan Afiqah dan Puan Norhafiza di ruangan lobi pejabat Media Selangor Sdn Bhd.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest