Meneroka Sinergi Baharu Bersama ELMU Dalam Pelaporan Berita Jenayah

3 Disember 2024 – Pagi ini, MPI menerima kunjungan hormat daripada delegasi Enforcement, Leadership and Management University (ELMU) untuk berbincang mengenai kerjasama dalam memperkukuhkan kemahiran komuniti media menghasilkan laporan berita jenayah.

Kerjasama antara MPI dan ELMU ini antaranya melibatkan aspek Kursus Penulisan Berita Jenayah, Seminar Kewartawanan Jenayah Kebangsaan 2025 and Anugerah Media Jenayah. Ini dapat memberikan impak untuk memahami skop kerja meja jenayah di agensi media.

Ada beberapa cadangan dikemukakan MPI yang mana akan menyaksikan kelainan dalam pendedahan dan latihan pembelajaran jangka masa panjang. Kehadiran ELMU disambut baik Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong; Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Hj Ainol Amriz Ismail dan sekretariat MPI.

MPI akan mengadakan kunjung balas ke Kampus ELMU, Bandar Enstek, Nilai untuk memeterai persetujuan kerjasama bersama.

Sesi interaksi ELMU bersama MPI.
Sesi grup foto ELMU bersama Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail (empat dari kiri). Terima kasih ELMU!

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter