Putrajaya, 21 April 2026 — Satu mesyuarat strategik melibatkan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Malaysian Press Institute (MPI) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berlangsung hari ini di Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK), JaPen.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah BMKK, Encik Mohd Haizul Hod, memberi tumpuan kepada usaha memperkasa sinergi antara agensi media dalam memperkukuh landskap komunikasi negara.
Perbincangan turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail, Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain, Pegawai Penerangan, Puan Fatinah Mohd Khalid, serta Pengarah II Bahagian Komunikasi Korporat, Divisyen Komunikasi Perhubungan Industri SKMM, Encik Ahmad Shukri Azmi.



