CYBERJAYA, 21 Oktober 2026 (Rabu) – Malaysian Press Institute (MPI) mengadakan mesyuarat bersama Malaysian Investment Development Authority (MIDA) di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya, bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi.
Mesyuarat ini menjadi platform untuk bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang komunikasi korporat, pembangunan kapasiti dan latihan yang berpotensi memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.
Hadir mewakili MIDA ialah Puan Fatmah Ahmad, Pengarah; Puan Maya Kavitha Abdullah, Timbalan Pengarah; dan Puan Siti Nur Syahirah Isham, Penolong Pengarah, daripada Bahagian Komunikasi Korporat (CCD).
Perbincangan ini turut membuka ruang untuk mengenal pasti bidang yang boleh diterokai bersama, khususnya dalam memperkukuh kemahiran profesional serta meningkatkan keberkesanan komunikasi organisasi.
MPI berharap pertemuan ini menjadi langkah awal ke arah pembentukan kerjasama yang lebih erat dan berterusan, sekali gus menyokong usaha pembangunan profesional serta perkongsian kepakaran antara kedua-dua organisasi.
#MPIcommit





