PUTRAJAYA, 22 Oktober 2026 – Malaysian Press Institute (MPI) menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemberian Bantuan Geran Tahunan Kementerian Komunikasi kepada Malaysian Press Institute (MPI) dan Institute of Public Relations Malaysia (IPRM) Bilangan 2 Tahun 2026 yang berlangsung di Kementerian Komunikasi hari ini.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Bahria Mohd Tamil, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), dan turut dihadiri oleh Encik Erwin Khairul Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), serta pengurusan kanan JAPEN.
MPI diwakili oleh Presidennya, YBhg. Datuk Yong Soo Heong; Dr. Nuzatul Shima Sulaiman, Pengurus Kanan; dan Puan Nur Ramizah Abdul Aziz, Pengurus Projek Khas.
Mesyuarat ini menjadi platform perbincangan berkaitan pemberian geran tahunan Kementerian Komunikasi kepada MPI dan IPRM bagi menyokong pelaksanaan program serta inisiatif yang dirancang oleh kedua-dua organisasi.
Sokongan melalui pemberian geran tahunan ini penting dalam memperkukuh pembangunan profesional, meningkatkan kompetensi pengamal media serta memantapkan industri komunikasi dan perhubungan awam negara.
MPI komited untuk terus memperkasakan pembangunan industri media melalui pelaksanaan program latihan dan inisiatif strategik yang menyumbang kepada peningkatan profesionalisme serta kualiti ekosistem media Malaysia.
#MPIcommit







