21 Januari 2025, Pulau Pinang – Delegasi Malaysian Press Institute (MPI) berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke Kwong Wah Yit Poh Press Bhd petang tadi.
Kehadiran delegasi MPI diketuai oleh Presiden, Datuk Yong Soo Heong disambut mesra Pengarang Kwong Wah, Encik Lim Seong.
Dalam pertemuan tersebut, Encik Lim menyambut baik aktiviti MPI melibatkan kepelbagaian peluang-peluang untuk menyertai program latihan dan anugerah dalam usaha meningkatkan pembangunan profesionalisme wartawan dan pengamal media di Kwong Wah Yit Poh Press Sdn.
Kwong Wah Yit Poh Press merupakan akhbar berbahasa cina tertua yang masih kekal di Asia Tenggara yang kini sudah mencecah hampir 114 tahun ditubuhkan.

