Cyberjaya, 19 Mac 2025 – Hari ini, Malaysian Press Institute (MPI) telah menerima kunjungan hormat daripada perwakilan Ericsson Malaysia Sdn. Bhd., yang diwakili oleh Ketua Komunikasi Ericsson Malaysia, Sri Lanka & Bangladesh, Encik David Ong-Yeoh, serta Pengurus Kelestarian Ericsson Asia Tenggara, Oceania dan India, Mrs. Ellen Alarilla.
Perbincangan antara kedua-dua pihak merangkumi pelbagai aspek, termasuk kerjasama dalam menjayakan kursus latihan yang memberi tumpuan kepada teknologi terkini seperti 5G, Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things (IoT), dan keselamatan siber.
Melalui inisiatif ini, pengamal media berpeluang mengaplikasikan teknologi canggih dalam pelaporan berita, sekali gus meningkatkan ketepatan serta kepantasan penyampaian maklumat selari dengan era digital dan keupayaan rangkaian 5G.
Pertemuan ini turut disertai oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail, serta Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain.





