CYBERJAYA, 20 Oktober 2026 – Bagaimana menghasilkan bahan komunikasi yang kreatif, menarik perhatian dan mampu menyampaikan mesej dengan berkesan? Persoalan ini menjadi antara fokus Bengkel Content Media Pro yang bermula hari ini di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.
Seramai 17 peserta menyertai bengkel selama dua hari ini yang dikendalikan oleh Encik Munir Anaam Zuljadan, Penganalisis Media.
Sesi pagi dimulakan dengan Asas Kandungan Media Profesional, yang memberi tumpuan kepada prinsip asas penghasilan bahan profesional yang berkualiti, kreatif dan relevan dengan keperluan semasa.
Bengkel ini menjadi platform untuk peserta memperkukuh kemahiran, meneroka idea baharu dan meningkatkan keupayaan menghasilkan bahan komunikasi yang lebih menarik serta berkesan.






