Activity
MPI LAWAT THE STAR

MPI LAWAT THE STAR

12 Ogos, Cyberjaya : Kunjungan ketiga delegasi MPI yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Yong Soo Heong ke Star Media Group (SMG) disambut oleh Pengurus Pengarang Kandungan, Encik Brian Martin dan dan Encik Rishen Sevarajah, Pengurus Kanan Kumpulan Sumber Manusia.

Menurut Encik Terence Raj Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia, “seiring dengan keperluan semasa, dua fokus utama bidang latihan dikenalpasti perlu diberi perhatian adalah Artificial Intelligence (AI) dan ESG”.  Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk membincangkan tentang kerjasama penganjuran program bertemakan ESG.

Delegasi MPI turut dibawa meninjau jabatan Editorial The Star, Majoriti dan mStar.

SMG adalah pertubuhan media berbahasa Inggeris yang terkemuka di Malaysia melalui penerbitan akhbar The Star pada 1971, terlibat dengan media penyiaran radio dan media digital. SMG menyajikan kandungan berita dan hiburan dalam bahasa Melayu dengan penerbitan dua platform iaitu Majoriti dan Mstar.

Encik Brian (tengah) juga merupakan Naib Presiden Ahli Majlis Pentadbir MPI.
Encik Terence Raj menerima cenderamata MPI yang diserahkan oleh Datuk Yong.

Encik Zulkifli Abd Rahman,  Editor Berita memberikan informasi tentang perjalanan operasi bilik berita termasuk pemilihan kandungan

Bertanya khabar dengan team mStar yang dihadiri oleh Encik Niezam Abdullah (empat dari kiri), Ketua Editor, Berita mSTAR.