
MPI PENUHI PELAWAAN JAPEN SARAWAK
9 Oktober, Kuching —Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak menyatakan sokongan pada semua aktiviti latihan yang dianjurkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) bagi mendedahkan kakitangannya kepada media baharu yang bersaing hebat.
Pengarahnya, Encik Helmy Hamid berkata pihaknya akan menghantar seramai mungkin kakitangan untuk menjalani latihan.
“Kita juga akan merancang bersama program latihan di Sibu dan Miri pada tahun hadapan bersama MPI untuk manfaat semua pengamal media,” katanya di Petra Jaya, Kuching.
Turut sama hadir ialah Timbalan Pengarah, Encik Aziz Abdul Rahman dan pegawai-pegawai kanan JAPEN Sarawak.
Perkara itu dinyatakan semasa kunjungan Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz Ismail ke pejabat Japen di sini.
Tujuan kunjungan hormat itu juga adalah memperkukuh hubungan MPI dan JAPEN, selain menerokai peluang kerjasama dalam penyediaan latihan kewartawanan merangkumi analisis kandunganberita media sosial, foto dan penulisan berita dan mobile journalism untuk warga JAPEN.
Kredit foto: JAPEN, Sarawak

