PORT DICKSON: Malaysian Press Institute (MPI) hari ini menganjurkan Kursus Perspektif PR ke Editorial: Memaknai Nilai Berita dan Strategi Komunikasi bersama Jendela Madani bagi memperkukuh pemahaman mengenai hubungan antara perhubungan awam (PR) dengan pengamal media, khususnya dalam penyampaian maklumat yang mempunyai nilai berita dan memenuhi keperluan editorial.
Kursus ini memberi tumpuan kepada pemahaman perspektif editorial, pengenalpastian nilai berita serta strategi komunikasi yang berkesan bagi memastikan mesej yang disampaikan bukan sahaja tepat dan relevan, malah mampu menarik perhatian media serta khalayak sasaran.
Melalui penganjuran kursus ini, peserta berpeluang memahami dengan lebih mendalam bagaimana sesuatu maklumat dinilai dari sudut editorial, di samping meningkatkan keupayaan merancang komunikasi yang lebih strategik dan berimpak. Pemahaman terhadap keperluan media juga penting bagi memastikan maklumat daripada organisasi dapat disampaikan secara berkesan, sekali gus membina hubungan profesional yang lebih kukuh antara pengamal perhubungan awam dengan pengamal media.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen MPI dalam memperkasa kompetensi profesional bidang komunikasi dan media, seiring dengan perkembangan landskap media yang semakin dinamik serta keperluan terhadap penyampaian maklumat yang berkualiti, berintegriti dan mempunyai nilai kepada masyarakat.
#mpicommit












