MPI & Pulau Pinang Jalin Kerjasama Perkukuh Ekosistem Kewartawanan

Georgetown, 26 Jun 2025 – Pertemuan antara delegasi Malaysian Press Institute (MPI) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow telah berlangsung di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan beberapa cadangan MPI dengan usaha bagi memperkasa bidang kewartawanan khususnya di Pulau Pinang.

Antara perkara yang dikemukakan termasuk penganjuran Anugerah Media Mutiara sebagai pengiktirafan kepada pengamal media tempatan, seminar berkaitan sejarah kewartawanan yang bermula di Pulau Pinang serta pameran yang mengetengahkan peranan dan sumbangan media dalam pembangunan negeri.

Cadangan-cadangan seperti ini dilihat sebagai usaha bagi memperkukuh kerjasama antara institusi media dan kerajaan negeri dalam menyemarakkan budaya kewartawanan yang beretika, profesional dan berdaya saing bermula dari golongan pelajar IPT sehingga ke peringkat profesional.

Pertemuan ini diketuai oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong dan disertai bersama Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail, Ahli Majlis Pentadbir MPI, Encik Zamri Zambli (Ketua Pengarang Sinar Harian), Pengurus Besar MPI, Puan Norlida dan sekretariat MPI, Aisyah.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest