MPI Siap Sedia Anjur Forum Mini Kewartawanan di UiTM Rembau Esok

Rembau, 8 Disember 2025 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini berada di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau bagi melakukan persiapan akhir menjelang penganjuran Forum Mini Kewartawanan yang dijadual berlangsung esok, 9 Disember 2025.

Persiapan merangkumi semakan lokasi, aspek teknikal, aliran program serta sesi koordinasi bersama pihak fakulti dan pengurusan UiTM bagi memastikan kelancaran acara. Forum ini merupakan antara inisiatif MPI untuk membawa perkongsian ilmu dan pengalaman industri secara langsung kepada komuniti pelajar institusi pengajian tinggi.

Usaha ini selari dengan komitmen MPI dalam mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap dunia kewartawanan melalui dialog, interaksi dan pendedahan industri.

Jumpa pada esok hari!

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter