Activity
MPI Temui Tokoh Pulau Pinang

MPI Temui Tokoh Pulau Pinang

23 Januari 2025, Georgetown – Malaysian Press Institute (MPI) meneruskan kunjungan hormat ke atas Tokoh Melayu Terbilang Pulau Pinang, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd Yussof Latiff memberikan sumbangan besar kepada masyarakat melalui peranannya sebagai Pengerusi Pengasas Majlis Muafakat dan Perundingan Negeri Pulau Pinang (MPMNNPP) serta sebagai Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG).

Beliau memainkan peranan penting dalam memastikan kemajuan besar dalam mempromosikan keharmonian kaum dan keamanan dalam masyarakat harmoni. Usaha beliau telah membawa kemajuan besar dalam mempromosikan keharmonian kaum dan keamanan dalam masyarakat di Pulau Pinang.

Kini beliau dalam persediaan untuk melaksanakan penganjuran seminar Antarabangsa dan Festival P. Ramlee 2025 yang akan dilangsungkan pada 16 sehingga 18 Mei 2025.