MPI – TH Travel Buka Ruang Kolaborasi dalam Latihan Digital & Media

Cyberjaya, 17 September 2025 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini menerima kunjungan hormat daripada wakil TH Travel & Services Sdn Bhd dalam sesi suai kenal serta perbincangan awal berkenaan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

TH Travel diwakili oleh Pengurus Kanan Pengurusan Penerbangan, Encik Mohd Faizal Irwan Yusoff, Pengurus Pengurusan Penerbangan, Puan Roziana Juhari, Eksekutif Pelancongan (MICE), Encik Muhammad Syamil Azhar dan Unit Bahagian Media, Encik Zul.

Sepanjang pertemuan, wakil TH Travel telah memperkenalkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pengurusan tiket dan penerbangan, tempahan hotel dan penginapan, serta pengurusan seminar, mesyuarat dan acara (MICE).

TH Travel turut menyatakan minat untuk bekerjasama dengan MPI dalam pembangunan program latihan digital serta kandungan media sosial. Sebagai tindak balas positif, MPI mencadangkan untuk mengadakan kunjungan balas ke Menara TH Selborn bagi meneroka lebih lanjut bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter