MPI–TNB Kukuhkan Hubungan Strategik Bersama Pengamal Media dan Komunikasi Korporat

BANGSAR, 6 Mei 2026 – Program ‘MPI–TNB Knowledge Sharing Session 2.0’ anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) telah berlangsung hari ini di Cassa Café, Ibu Pejabat TNB Bangsar, Kuala Lumpur.

Program ini menghimpunkan kira-kira 40 pengamal media yang terdiri daripada editor, wartawan serta pegawai perhubungan awam dalam ekosistem komunikasi dan media. Sesi perkongsian pengetahuan dan maklumat yang disampaikan oleh tenaga pakar (subject matter experts) berjaya menarik minat peserta serta meningkatkan pemahaman mereka mengenai sektor tenaga dan operasi TNB, sekali gus memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan kepada masyarakat.

Selain pembentangan oleh tenaga pakar, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Encik Samsul Ariffin Zainuddin, turut memainkan peranan penting sebagai peneraju utama dalam sesi perbincangan.

Turut hadir mewakili MPI ialah Presidennya, Datuk Yong Soo Heong; Timbalan Presiden, Cik Farrah Naz Abd Karim yang juga Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima; serta Ahli Majlis Pentadbir MPI, Encik Azhari Muhidin yang juga Pengarang Kumpulan, TV Network, Media Prima.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter