Perkukuh Pelaporan Isu Zakat: MPI dan PPZ Bincang Kerjasama Strategik

Kuala Lumpur, 24 Februari 2026 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini berpeluang mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang berpusat di Wisma PPZ, Kuala Lumpur. Pertemuan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama strategik dalam penganjuran anugerah media serta pelaksanaan program latihan bagi memperkukuh kualiti pelaporan berkaitan isu-isu zakat.

Inisiatif ini dilihat penting dalam memastikan maklumat mengenai kewajipan dan impak zakat dapat disampaikan secara lebih meluas dan berkesan, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranannya dalam membantu golongan asnaf serta menyokong pembangunan ummah.

Barisan Pusat Pungutan Zakat (PPZ)diketuai oleh Penolong Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat & Pemasaran Digital, Tuan Haji Nor Mukshar Harun; Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat, Cik Hajah Norazlina Mohd Nordin; barisan Eksekutif Kanan Unit Komunikasi Korporat, Puan Fatin Aqilah Zulkefli dan Puan Nur Izzati Mazlan; serta Eksekutif Unit Komunikasi Korporat, Cik Nor Athirah Mohd Hanapiah.

Manakala delegasi MPI yang terlibat, Pengurus Kanan Unit Pengurusan Projek, Dr. Nuzatul Shima Sulaiman; Projek Koordinator Unit Projek Khas, Puan Nur Afiqah Rahmat; Pengurus Anugerah Unit Projek Khas, Encik Salman Husni Abdollah; serta Pelatih Kandungan Kreatif, Cik Nurul Ifatul Aisyah.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter