PETALING JAYA, 24 Jun – Malaysian Press Institute (MPI) malam ini melaksanakan persiapan akhir bagi penganjuran program dua dalam satu, PEMIKIR: Evolusi Media & Perubahan Industri serta Majlis Penghargaan Penyumbang Malam Wartawan Malaysia 2026, yang akan berlangsung esok di Hotel Hilton, Petaling Jaya.
Program berkenaan bakal menghimpunkan pemimpin media, pengamal komunikasi korporat, wakil sektor swasta serta rakan strategik industri bagi membincangkan perubahan landskap media, cabaran industri dan peluang kerjasama yang semakin penting dalam era digital.

Forum PEMIKIR akan menampilkan Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Tuan Haji Namanzee Harris; serta Ketua Editor Vanakkam Malaysia, Encik Thiaga Rajan Muthusamy. Sesi forum akan dikendalikan oleh personaliti penyiaran terkenal, Ally Iskandar.
Pada majlis yang sama, MPI turut meraikan para penyumbang Malam Wartawan Malaysia 2026 sebagai penghargaan atas komitmen dan sokongan berterusan mereka terhadap pembangunan kewartawanan, profesionalisme media serta kelestarian industri media negara.
Persiapan yang melibatkan aspek teknikal, protokol, dokumentasi, penyelarasan panelis dan pengurusan peserta kini berada di peringkat akhir bagi memastikan kelancaran program.
Sebagai penganjur, MPI berharap forum dan majlis penghargaan ini akan menjadi platform yang memperkukuh hubungan antara industri media dan sektor korporat, selain membuka ruang kepada perbincangan yang lebih bermakna mengenai masa depan media di Malaysia.
#mpicommit







