Activity
Program ‘The Role of Mediation In Effective ESG Leadership’ Di USM

Program ‘The Role of Mediation In Effective ESG Leadership’ Di USM

22 Januari 2025 – Tim Malaysian Press Institute (MPI) telah menghadiri Program ‘The Role of Mediation in Effective ESG Leadership’ yang diadakan di Dewan Seminar Bangunan Toray, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang hari ini.

Program ini dihadiri oleh kira-kira 20 orang pelajar USM yang hadir secara fizikal dan 81 orang pelajar yang hadir secara dalam talian memeriahkan lagi program tersebut. Pendedahan ini secara tidak langsung mampu menyumbang kepada impak positif dalam meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu ESG (Environmental, Social, and Governance) yang semakin relevan dalam masyarakat masa kini.

Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong, turut dijemput sebagai panel utama dalam perkongsian ini, memberikan pandangan mendalam dan wawasan berharga mengenai peranan mediasi dalam membentuk kepimpinan ESG yang efektif dan lestari.