23 Mei 2025 – SD Guthrie menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama erat bersama Malaysian Press Institute (MPI) dalam usaha melestarikan hubungan baik dengan para pengamal media dan wartawan tanah air.
Hasrat ini disampaikan oleh Encik Wan Azneal Hussain Mohd Azam, Ketua Konten & Saluran SD Guthrie, dalam satu sesi pertemuan maya menerusi platform Microsoft Teams pagi tadi.
SD Guthrie merancang untuk menganjurkan satu program “retreat” khas bersama media sebagai ruang santai, interaktif dan membina kefahaman dua hala antara organisasi dan pengamal media.
Turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail; Pengurus Kanan Latihan, Puan Norhafiza Kamaludin; dan Eksekutif Kanan Latihan, Puan Nur Ramizah Abdul Aziz.
SD Guthrie turut diwakili oleh Encik Michael Maljitraj Murty, Puan Nurul Izzah Ahmad, dan Puan Elis Suraya Mahadzer.
Satu permulaan yang positif ke arah jaringan media yang lebih strategik dan mampan! 🤝📰✨




