Sesi Libat Urus Bersama KSN Tingkat Sinergi Media dan Komunikasi Korporat Kerajaan

Putrajaya, 10 November 2025 – Bertempat di Hotel Moxy Putrajaya, hari ini telah berlangsung Majlis Sesi Libat Urus Ketua Setiausaha Negara bersama-sama Ketua Pengarang Media dan Ketua Komunikasi Korporat Kementerian yang turut dihadiri oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong.

Sesi ini diadakan bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara pihak media serta Unit Komunikasi Korporat (UKK) di kementerian dan jabatan kerajaan.

Para pengamal media yang hadir berpeluang mendengar penjelasan secara langsung daripada Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar mengenai pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) serta inisiatif utama Kerajaan MADANI.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter