Sinergi Strategik MPI & MACEOS Perkasa Hubungan Media-Pengurusan Acara

Cyberjaya, 28 Julai 2025 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Penganjur Konvensyen dan Pameran Malaysia (Malaysian Association of Convention and Exhibition Organisers and Suppliers, MACEOS) yang diketuai oleh Pengarah Eksekutifnya, Encik Ezriq Sajad, bersama dua pegawai perhubungan awam, Puan Tengku Dayana dan Encik Aizat. MPI pula diwakili oleh Dr. Nuzatul Shima Sulaiman, Pengurus Kanan, Pembangunan Bisnes.

Pertemuan ini membuka ruang kepada perbincangan menyeluruh mengenai potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh hubungan antara organisasi media dan sektor pengurusan acara, khususnya dalam industri acara perniagaan dan pameran.

Antara cadangan utama yang dibincangkan termasuklah penganjuran Ekspo Media, iaitu sebuah platform baharu yang bakal mempertemukan pemain industri media dengan pelbagai entiti seperti unit komunikasi kementerian, agensi kerajaan, syarikat korporat, pertubuhan dan NGO yang memerlukan jalinan strategik bersama media.

Sebagai langkah awal, pihak MACEOS telah menjemput MPI untuk menyertai EventXpo 2025 yang dijadual berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Penyertaan ini akan memberi pendedahan berguna kepada MPI mengenai selok-belok penganjuran acara berskala besar, sebagai persiapan awal ke arah pelaksanaan Ekspo Media pertama yang dirancang untuk diadakan pada September tahun hadapan.

Sinergi antara MPI dan MACEOS ini diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan ekosistem industri acara yang lebih mampan sesuai dengan aspirasi negara untuk menjadikan Malaysia sebagai hab utama bagi penganjuran acara perniagaan di peringkat serantau.

Selain itu, sinergi ini juga akan turut memberi lonjakan strategik kepada industri media yang bakal menjadikan media bukan sekadar pelapor, tetapi rakan pembangunan industri acara, sekali gus memperluas model perniagaan media dalam era digital dan acara hibrid.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter