Terima kasih FGV kerana sentiasa menyokong usaha MPI
Malaysian Press Institute (MPI) mengharmonikan hubungan ke atas rakan korporat selaras dengan komitmen MPI untuk menghargai mereka selepas sokongan tanpa henti mereka bagi menjayakan Malam Wartawan Malaysia & Hadiah Kewartawanan Malaysia.
Hari ini, Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz Ismail bersama pengurusan MPI berkunjung ke FGV Holdings Berhad, Kuala Lumpur. Pelbagai perkara dikongsi dan dibincangkan. Banyak maklumat berkaitan FGV juga dikongsikan oleh En Azmi Yaakop, Group Chief Strategic Communication Officer kepada MPI.
Justeru pada pertemuan ini, MPI dan FGV saling melengkapkan beberapa program latihan, bengkel dan tutorial yang akan dimulai akhir tahun ini dan pada tahun 2025.
Antaranya adalah program penerangan aktiviti terperinci FGV kepada Editor Kanan dan hal berkaitan usaha FGV dalam aspek modal insan, kemanusiaan, pendidikan dan prihatin kehidupan liar. Pengamal media akan melalui pengalaman menarik bersama FGV melalui aturan yang disusun MPI.
MPI menzahirkan ucapan terima kasih kepada FGV – kepada Pn Noor Syuhada Naziri, Manager, External Communication; Pn Azlene Ariffin, General Manager A&P, Event Management dan pengurusan FGV yang hadir.
MPI akan melengkapkan segala keperluan untuk memastikan perkara yang disyorkan dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat, sekali gus memberi manfaat kepada pengamal media, masyarakat dan semua yang bersama dalam program MPI-FGV 2025 ini.
Yang pasti, ANDA NAMAKAN, KAMI ADAKAN.