22 Januari, Kuala Lumpur: Malaysian Press Institute (MPI) menghadiri “CNY Media Engagement Luncheon and Festive Webfilm Preview” anjuran PETRONAS.
Dalam majlis ini, para tetamu dipersembahkan tayangan pratonton filem web Tahun Baharu Cina PETRONAS yang bertajuk ‘Stay’, iaitu siri pertama dalam tema perayaan Beyond Those Doors.
Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik, Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi PETRONAS, Puan Siti Azlina Abd Latif menekankan kepentingan sesi jaringan ini yang mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk menghargai usaha dan sokongan pihak media.
“Majlis makan tengah hari ini bukan sekadar acara, ia adalah platform untuk menyampaikan penghargaan kami atas hubungan erat yang terjalin antara kita. Komitmen anda dalam menggambarkan usaha kami secara tepat dan bermakna amat penting dalam perjalanan kami sehingga kini,” katanya semasa acara tersebut.
MPI diwakili oleh Pengurus Kanan Latihan, Puan Norhafiza Kamaludin, Pengurus Kanan Kewangan dan Akaun, Encik Yusof Saharin Haron, Pengurus Anugerah dan Khidmat Sokongan, Encik Salman Husni Abdollah dan Setiausaha Pentadbiran, Puan Nur Afiqah Rahmat.







