MPI Perkukuh Hubungan Erat Bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Melaka, 10 April 2026 – Malaysian Press Institute (MPI) telah mengadakan kunjungan hormat ke tiga institusi berpengaruh di Bandaraya Melaka semalam bagi memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam bidang media, komunikasi dan pembangunan bakat.

Kunjungan pertama adalah ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang menyaksikan pertemuan delegasi MPI dengan Pengarah Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti, Encik Hafiz Haji Hasan, bersama pegawai-pegawai medianya.

Dalam pertemuan tersebut, MPI memperkenalkan peranannya sebagai institusi latihan yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan kemahiran pengamal media, termasuk wartawan, pegawai perhubungan awam (PR) serta pegawai komunikasi korporat. Perbincangan turut menyentuh potensi kerjasama strategik antara MBMB dan MPI, khususnya dalam penganjuran kursus latihan yang dapat meningkatkan keupayaan komunikasi pegawai-pegawai korporat MBMB.

Antara bidang yang dicadangkan termasuk penyediaan bahan media seperti siaran akhbar serta pengurusan komunikasi yang berkesan ketika berinteraksi dengan pihak media dan khalayak. Encik Hafiz menyambut baik cadangan kerjasama tersebut dan menyatakan minat pihak MBMB untuk meneroka peluang latihan yang bersesuaian pada masa hadapan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest