Usaha Perkukuhkan Profesionalisme Pengamal Media Melalui Kerjasama MPI-MMM

Cyberjaya, 23 Februari 2025 – Kerjasama strategik dalam bidang latihan bagi mengiktiraf dan memperkasa profesionalisme pengamal media menjadi fokus utama pertemuan antara Malaysian Press Institute (MPI) dan Majlis Media Malaysia (MMM) yang berlangsung di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya hari ini.

Pertemuan tersebut membincangkan potensi kerjasama dalam menganjurkan program latihan dan pembangunan kapasiti kepada pengamal media, termasuk perkongsian kepakaran serta pelaksanaan inisiatif latihan berterusan yang relevan dengan keperluan industri media masa kini.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak melihat peluang untuk merangka program latihan yang lebih tersusun dan berimpak tinggi, selain membantu meningkatkan standard etika, kemahiran kewartawanan serta keupayaan pengamal media menghadapi cabaran landskap media yang semakin berkembang.

Delegasi MMM diketuai oleh Pengarah Pembangunan Industri, Encik Ooi Beng Cheang bersama Ahli Lembaga, Cik Farrah Naz Karim dan Puan Mariah Doksil, Setiausaha, Encik Radzi Razak serta Pegawai Komunikasi, Puan Adeeba Nur Iman.

Sementara itu, delegasi MPI dipimpin oleh Presidennya, Datuk Yong Soo Heong, bersama Ahli Majlis Pentadbir, Encik Thiaga Rajan dan Encik Mohd Azri Atan, Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail, Pengurus Besar, Puan Norlida Jamain serta Eksekutif Kesetiausahaan/Pentadbiran, Puan Norfatin Syahira Jusoh.

Pertemuan ini diharap menjadi langkah awal kepada kerjasama lebih erat antara kedua-dua organisasi dalam memperkasa ekosistem media di Malaysia, khususnya dalam melahirkan pengamal media yang berkemahiran tinggi dan berintegriti.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest