LIVE UPDATE 1: Persiapan Majlis Penutupan Program Latihan untuk Wartawan Sarawak

Persiapan telah dilakukan. Moga majlis hari ini berjalan lancar. Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengesahkan kehadiran sebagai tetamu kehormat Majlis Penutupan Program Latihan untuk Wartawan Sarawak yang bakal berlangsung pada 24 Oktober 2024, bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching, Sarawak.

Terima kasih Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong dan semua staf yang bersama di Kuching, Sarawak – Pn Ida, Pn Miza dan Pn Fiqah serta staf di Cyberjaya yang memberikan komitmen memastikan 3 program latihan dan kunjungan hormat serta penutupan ini dapat digerakkan sejak awal Oktober lalu. Kipidap kerja terbaik ini.

MPI menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak yang sentiasa memberikan sokongan dan bantuan kepada Malaysian Press Institute (MPI) dalam memantapkan pengetahuan dan bakat pengamal media Sarawak.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest