Album
TERIMA KASIH PENYUMBANG MALAM WARTAWAN MALAYSIA 2024

TERIMA KASIH PENYUMBANG MALAM WARTAWAN MALAYSIA 2024

Berbaki dua minggu sahaja sebelum penganjuran Majlis Malam Wartawan Malaysia bagi penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2023 bakal dilaksanakan pada 7 Jun di Kuala Lumpur.

Bagi tujuan tersebut, Majlis Meraikan Para Penyumbang diadakan sebagai ucapan penghargaan terima kasih kepada semua para penyumbang yang menyokong acara tahunan MPI ini.

PETRONAS selaku penaja utama Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI – PETRONAS 2023. Puan Siti Azlina Abd Latif, Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS hadir menyerahkan replika cek penajaan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2023 kepada Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong.
Puan Sharifah Noor Syahirah Syed Mohd Noor, Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, menyerahkan replika cek sumbangan.
Puan Heida Hew, Naib Presiden Kanan Pengurusan Projek Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran, Ambank Group menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM 10,000.
Cik Farrah Naz Karim (dua dari kiri) menerima replika cek sebanyak RM 10,000 daripada Encik Damian Xavier, Pengurus, Komunikasi Korporat Kumpulan, Bank Islam Malaysia Berhad.
Puan Syahida Azureen Rusdi, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Bank Muamalat Berhad menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM 10,000.
Encik Rosdi Effendi Mohammed Effendi, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Bank Pertanian Malaysia (Agrobank)  menyampaikan sumbangan RM7,500.
Puan Christina Geeta Thomas, Pengurus Bahagian Perhubungan Awam, Bank Simpanan Nasional menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM 10,000.
Replika cek diterima oleh Encik Ainol Amriz Ahli Majlis Pentadbir MPI, daripada Encik Amirul Mokhzani Abd Malek, Pengurus Komunikasi Korporat dan Kelestarian, Dagang Nexchange Berhad.
Penajaan RM 20,000 disampaikan oleh Puan Azmin Hamzah, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat EXIM Bank Malaysia.
Encik Azmi Yaakop, Ketua Pegawai Komunikasi Strategik Kumpulan, FGV Holdings Berhad menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000.
Puan Daisy Sidhu, Ketua Komunikasi, Grab Malaysia menyerahkan replika cek sebanyak RM20,000.
Puan Wan Esuriyanti Wan Ahmad, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Indah Water Konsortium menyampaikan sumbangan RM10,000.
MPI turut menerima sumbangan bernilai RM 7,500 daripada IOI Properties Group Berhad yang diserahkan oleh Puan Kim Teoh, Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat.
Encik Zamri Rambli, Ahli Majlis Pentadbir MPI menerima replika cek daripada Encik Ernest Chua Ern Teck, Pengurus Komunikasi Korporat, Kumpulan Sunway.
Sumbangan daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) disampaikan oleh Puan Noryani Ismail, Pengurus Besar, Bahagian Komunikasi Korporat.
Encik Azman Shawal, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Malakoff Corporation Berhad menyumbang RM7,500.
Sumbangan bernilai RM 10,000 disampaikan oleh Cik Ida Rahayu Mohd Jamli, Pemangku Pengurus Besar, Malaysia Airports Holdings Berhad.
Malayan Banking Berhad menaja sebanyak RM 10,000 dengan penyerahan cek replika yang disampaikan oleh Cik Izlyn Ramli, Ketua Hal Ehwal Korporat Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Maybank.
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menaja sebanyak RM10,000 dengan penyerahan cek replika yang disampaikan oleh Puan Kuzaimah Idris, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat kepada Ahli Majlis Pentadbir MPI, Dr Diana Dominic.
Puan Hazrina Zainul Azizdin, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dam Pemasaran HRD Corp menyampaikan replika cek RM10,000.
Puan Emilia Azyyati Abdul Rahman, Ketua Jabatan Komunikasi Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyerahkan cek RM 10,000.
Serahan cek replika dengan nilai tajaan RM 10,000 disampaikan oleh Encik Iskandar Dzulkifli, Ketua, Komunikasi Korporat PLUS Malaysia.
Serahan cek replika dengan nilai tajaan RM 7,500 disampaikan oleh Puan Emily Lee, Penolong Naib Presiden Jabatan Komunikasi Prasarana Malaysia Berhad.
Puan Haslinda Othman, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Public Bank menyampaikan tajaan RM10,000 kepada Naib Presiden MPI, Encik Brian Martin.
MPI turut menerima sumbangan bernilai RM 20,000 daripada PUSPAKOM Sdn Bhd yang diserahkan oleh Puan Leong Pei Yee, Ketua Komunikasi dan Khidmat Pelanggan.
MPI menerima sumbangan bernilai RM 10,000 daripada Ranhill Utilities Berhad yang diserahkan oleh Encik Muhd Subree A. Rahman, Pengurus Komunikasi Korporat.
MPI menerima sumbangan bernilai RM 10,000 daripada Sime Darby Plantation Sdn Bhd yang disampaikan oleh Encik Wan Azneal Hussain Mohd Azam.
Sumbangan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), diserahkan oleh Ts. Mohd Fazil Ismail, Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna.
Mr. Brian Martin menerima replika cek sebanyak RM 7,500 daripada Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad, Encik Mohd Firdaus Mohd Nasir, Ketua Perhubungan Awam & Pengurusan Media.
Sokongan secara berterusan juga diterima daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Puan Anita Perumal, Ketua Komunikasi Luaran TNB, menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM 10,000.
YBhg. Datuk Mustapa Omar menerima replika cek sebanyak RM 7,500 daripada Top Glove Corporation Bhd, Cik Michelle Voon, Pengurus Besar, Komunikasi Korporat.
Puan Wan Laila Fatihah Wan Omar Sukri, Ketua Komunikasi Korporat, UEM Edgenta Berhad menyerahkan replika cek kepada YBhg. Datuk Mustapa Omar.
Cik Nursuffina Mohd, Pengurus Komunikasi Korporat UEM Sunrise Berhad menyerahkan replika cek RM 10,000 kepada YBhg. Datuk Mustapa Omar.