267 PENYERTAAN HKM 2018 DITERIMA

KENYATAAN MEDIA

267 PENYERTAAN HKM 2018 DITERIMA

Sebanyak 267 penyertaan diterima oleh Malaysian Press Institute (MPI) untuk dipertandingkan dalam 20 kategori Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2018 (HKM 2018).

Semua penyertaan yang diterima adalah karya-karya kewartawanan yang diterbitkan dan disiarkan di pertubuhan media masing-masing sepanjang tahun 2018.

Penyertaan HKM 2018 mula dibuka pada 25 September 2018 dan ditutup pada 18 Januari 2019. Kini proses penghakiman telah dimulakan.

HKM2018 mencatatkan penurunan penyertaan berbanding penyertaan HKM 2017 iaitu 349 penyertaan direkodkan.

Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang mendapat penyertaan tertinggi iaitu 42 penyertaan, diikuti – 25 penyertaan diterima masing-masing bagi kategori Foto Esei Cemerlang dan Berita Video Terbaik.

MPI turut menerima tiga pencalonan bagi kategori Anugerah Khas Juri manakala satu pencalonan bagi kategori Tokoh Wartawan Negara dan Tokoh Media.

Menurut Eksekutif Anugerah MPI, Encik Salman Husni “kategori Penulisan Rencana Cemerlang mencatatkan penurunan penyertaan yang ketara iaitu hanya 18 penyertaan diterima berbanding 46 pada HKM 2017. Begitu juga hanya 4 penyertaan diterima bagi kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang berbanding 11 penyertaan pada tahun lepas. Walaubagaimanapun kami difahamkan oleh para hakim bahawa kesemua karya  yang diterima berkualiti untuk dinilai”.

Tambah beliau, “pihak MPI juga akan berkongsikan lima karya tertinggi setiap kategori sebelum berlangsungnya majlis Malam Wartawan Malaysia nanti”.

Majlis penyampaian anugerah pada Malam Wartawan Malaysia bakal diadakan pada 26 April 2019 bertempat di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur.

Hadiah Kajai merupakan anugerah tertinggi yang dipertandingkan dan karya yang dinobatkan sebagai pemenang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000, trofi dan sijil penyertaan.

Dua pemenang saguhati membawa pulang RM1,000 dan sijil penghargaan, manakala pemenang utama bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi dan sijil penyertaan kecuali Tokoh Wartawan Negara dan Tokoh Media.

Pemenang bagi Tokoh Wartawan Negara diberi ganjaran wang tunai berjumlah RM30,000, trofi dan sijil penyertaan.

Bagi penerima Tokoh Media, trofi dan sijil penyertaan akan diberikan kepada pemenang.

MPI bertindak sebagai penganjur anugerah manakala syarikat minyak negara, PETRONAS adalah penaja utama HKM 2018.

Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) mula diperkenalkan pada tahun 1981 bertujuan untuk mengiktiraf karya-karya kewartawanan pada tahun dipertandingkan.

 

Berikut adalah pecahan penyertaan mengikut kategori yang dipertandingkan:

 

BILANGAN PENYERTAAN HADIAH KEWARTAWANAN MALAYSIA MPI PETRONAS 2018

 

 BIL KATEGORI PENYERTAAN
 

1

 

HADIAH WARTAWAN MUDA A. SAMAD ISMAIL – CETAK

 

5

 

 

2

 

HADIAH WARTAWAN MUDA A. SAMAD ISMAIL – TV

 

5

 

 

3

 

LAPORAN BERITA CEMERLANG

 

18

 

 

4

 

KEWARTAWANAN PENYIASATAN CEMERLANG

 

11

 

 

5

 

KEWARTAWANAN ANTARABANGSA CEMERLANG

 

4

 

 

6

 

PENULISAN RENCANA CEMERLANG

 

18

 

 

7

 

PENULISAN KOLUM/ RENCANA PENGARANG

 

10

 

 

8

 

KEWARTAWANAN ALAM SEKITAR CEMERLANG PETRONAS

 

12

 

 

9

 

LAPORAN PORTAL BERITA TERBAIK

 

20

 

 

10

 

KEWARTAWANAN FOTO CEMERLANG

 

42

 

 

11

 

FOTO ESEI CEMERLANG

 

25

 

 

12

 

BERITA VIDEO TERBAIK

 

25

 

 

13

 

DOKUMENTARI VIDEO TERBAIK

 

22

 

 

14

 

INFOGRAFIK TERBAIK

 

24

 

 

15

 

DESAIN HALAMAN PERTAMA TERBAIK

 

12

 

 

16

 

LAPORAN RADIO TERBAIK

 

5

 

 

17

 

KARTUN EDITORIAL TERBAIK

 

4

 

 

18

 

ANUGERAH KHAS JURI

 

3

 

 

19

 

TOKOH WARTAWAN NEGARA

 

1

 

 

20

 

TOKOH MEDIA

 

1

 

 

 

 

JUMLAH PENYERTAAN

 

267

 

 

*Bilangan penyertaan mengikut organisasi boleh dilihat disini.

 

Dikeluarkan pada :  11 Mac 2019