Penyertaan Anugerah Media Pembinaan CIDB 2026 Kini Dibuka!

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) terus komited mengiktiraf sumbangan pengamal media melalui penganjuran Anugerah Media Pembinaan CIDB 2026, edisi tahunan yang dinanti-nantikan oleh industri kewartawanan negara.

Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan mencecah RM 60,000.00 merangkumi enam kategori yang dipertandingkan, sebagai tanda penghargaan terhadap hasil karya media yang berkualiti, berimpak tinggi, dan menyumbang kepada pemahaman awam mengenai industri pembinaan negara.

Berikut antaran kategori yang dipertandingkan:

  • Anugerah Media Cetak & Portal Berita – Laporan Khas Berita
  • Anugerah Media Cetak & Portal Berita – Rencana
  • Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian- Laporan Khas & Dokumentari
  • Anugerah Media Penyiaran Radio
  • Anugerah Fotografi
  • Anugerah Infografik – Pegun & Video

Para wartawan dan penggiat media dijemput untuk menghantar penyertaan bagi karya-karya yang telah diterbitkan atau disiarkan dalam tempoh 1 September 2025 hingga 31 Ogos 2026.

Tiada yuran penyertaan dikenakan.

Borang Penyertaan

Syarat Penyertaan

Panduan Sinopsis dan Muatnaik Penyertaan

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2026. Sebarang pertanyaan berkaitan anugerah ini boleh dikemukakan kepada Sekretariat AMP CIDB melalui talian telefon 03-86892717 atau emel ke bukitledangmpi@yahoo.com.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter