![Anugerah Media Agrobank 2024 dibuka! Anugerah Media Agrobank 2024 dibuka!](https://mpi.my/wp/wp-content/uploads/2024/03/AMA_2024-Featured.jpg)
Anugerah Media Agrobank 2024 dibuka!
Bagi menghargai karyawan-karyawan media yang tidak putus-putus melaporkan perkembangan dan pencapaian sektor pertanian yang memainkan peranan penting dalam pembekalan makanan negara, buat julung-julung kalinya Agrobank dan Malaysian Press Institute bekerjasama menganjur Anugerah Media Agrobank.
Terdapat empat kategori yang dipertandingkan iaitu:
- Anugerah Media Cetak & Portal Berita
- Berita
- Rencana
- Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian
- Berita
- Dokumentari
- Anugerah Media Radio
- Anugerah Sains & Teknologi Pertanian Rakan Tani Muda Agrobank
Sebanyak RM 60,000 wang hadiah menanti untuk dimenangi.
Karyawan media yang ingin mengetengahkan karya mengenai pertanian yang diterbit atau disiar antara 1 Januari 2023 hingga 15 April 2024, bolehlah terlebih dahulu lihat atau muat turun borang dan syarat penyertaan yang tertera berikut :
Tarikh tutup penyertaan adalah 26 April 2024. Tiada yuran penyertaan dikenakan
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai anugerah, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media, En. Salman di talian 03 – 8689 2717 / 2718 atau emel ke bukitledangmpi@yahoo.com .