Agrobank sekali lagi meneruskan penghargaan karyawan-karyawan media melalui Anugerah Media Agrobank edisi tahun 2025.
Penghargaan ke atas karyawan-karyawan media yang tidak putus-putus melaporkan perkembangan dan pencapaian sektor pertanian yang memainkan peranan penting dalam pembekalan makanan negara dengan tawaran wang hadiah sebanyak RM 45,000 yang menanti untuk dimenangi.

Terdapat lima kategori yang dipertandingkan iaitu:
- Anugerah Media Cetak & Portal Berita – Berita
- Anugerah Media Cetak & Portal Berita – Rencana
- Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian – Berita & Laporan Khas
- Anugerah Media Radio
- Anugerah Teknologi dan Digital Agrobank
Karyawan media yang ingin mengetengahkan karya mengenai bidang pertanian dan agrikultur yang diterbit atau disiar antara 16 April 2024 hingga 10 Mac 2025, bolehlah terlebih dahulu lihat atau muat turun borang dan syarat penyertaan yang tertera berikut :
Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Mac 2025. Tiada yuran penyertaan dikenakan
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai anugerah, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media, En. Salman di talian 03 – 8689 2717 / 2718 atau emel ke bukitledangmpi@yahoo.com .



