Agrobank sekali lagi meneruskan penghargaan karyawan-karyawan media melalui Anugerah Media Agrobank edisi tahun 2026.
Penghargaan ke atas karyawan-karyawan media yang tidak putus-putus melaporkan perkembangan dan pencapaian sektor pertanian yang memainkan peranan penting dalam pembekalan makanan negara dengan tawaran wang hadiah sebanyak RM 60,000 yang menanti untuk dimenangi.

Terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan iaitu:
- Anugerah Video Pendek Pelajar
- Anugerah Media Cetak & Portal Berita – Berita
- Anugerah Media Cetak & Portal Berita – Rencana
- Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian – Berita
- Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian – Dokumentari
- Anugerah Media Radio
- Anugerah Kewartawanan Teknologi & Digital Agrobank
Karyawan media yang ingin mengetengahkan karya mengenai bidang pertanian dan agrikultur yang diterbit atau disiar antara 2 Mac hingga 31 Mac 2026, bolehlah terlebih dahulu lihat atau muat turun borang dan syarat penyertaan yang tertera berikut :
Panduan Sinopsis & Muat Naik Penyertaan
Tarikh tutup penyertaan adalah 31 Mac 2026. Tiada yuran penyertaan dikenakan
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai anugerah, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media, En. Salman di talian 03 – 8689 2717 / 2718 atau emel ke bukitledangmpi@yahoo.com .



