PENYERTAAN DITUTUP!
HADIAH KEWARTAWANAN MALAYSIA MPI-PETRONAS KEMBALI DENGAN EDISI TAHUN 2025!
Anugerah berprestij anjuran Malaysian Press Institute (MPI) dengan tajaan PETRONAS, menjemput pengamal media di seluruh Malaysia untuk menyertai anugerah yang dinanti-nantikan dalam dunia kewartawanan tanah air.
Sebanyak 23 kategori pelbagai platform media dipertandingkan dengan wang hadiah yang lumayan menanti bakal pemenang.
Anugerah ini adalah antara platform terbaik bagi mengiktiraf karya kewartawanan yang berkualiti, berintegriti, dan berimpak tinggi sepanjang tahun 2025.
Karya-karya yang telah disiar dan diterbitkan mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025 layak dipertaruhkan.
Bayaran yuran bagi setiap penyertaan adalah RM 100 bagi ahli dan RM 200 bagi bukan ahli / ahli yang digantung keahlian. Mohon kerjasama para karyawan untuk menyemak status keahlian dan meneliti garis panduan terkini bagi memastikan pematuhan dan proses penghantaran yang lancar sebelum menyertai HKM 2025.
Tekan pautan dibawah berikut:
Syarat-syarat dan peraturan HKM 2025
Panduan muat naik bahan penyertaan
Borang pencalonan Tokoh Wartawan Negara; Tokoh Media dan Anugerah Khas
Penyertaan hendaklah dimajukan sebelum :
30 Januari 2026!
Hantar penyertaan anda sekarang dan jadilah sebahagian daripada anugerah yang meraikan kecemerlangan kewartawanan dalam negara!
Untuk keterangan lanjut :
📧 Email: bukitledangmpi@yahoo.com
☎️Hubungi MPI: 03-86892717 / 03-86892718



