ANUGERAH
Penyertaan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024 kini dibuka!

Penyertaan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024 kini dibuka!

Makluman: Tarikh tutup penyertaan dilanjut ke 7 Februari 2025

Malaysian Press Institute dengan sukacitanya mengumumkan bahawa penyertaan untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2024 yang dinanti-nantikan telah dibuka.

Tahun ini dipersembahkan sebanyak 23 kategori dipertandingkan bagi pelbagai golongan karyawan media untuk menampilkan karya terbaik yang telah diterbit di pelbagai platform media.

Karya-karya yang telah disiar dan diterbitkan mulai 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024 layak dipertaruhkan.

Bayaran yuran bagi setiap penyertaan adalah RM 100 bagi ahli dan RM 200 bagi bukan ahli / ahli yang digantung keahlian. Mohon kerjasama para karyawan untuk menyemak status keahlian sebelum menyertai HKM 2024.

Harap maklum bahawa terdapat perubahan pada syarat-syarat dan peraturan berbanding tahun lepas. Para peserta digalakkan meneliti garis panduan terkini bagi memastikan pematuhan dan proses penghantaran yang lancar.

Tekan pautan dibawah berikut:

Syarat-syarat dan peraturan HKM 2024

Panduan muat naik bahan penyertaan

Borang penyertaan HKM 2024

Borang pencalonan Tokoh Wartawan Negara; Tokoh Media dan Anugerah Khas

Borang Deklarasi Penyertaan

Senarai ahli MPI

Tarikh akhir menghantar penyertaan adalah pada 7 Februari 2025. Manakala tarikh tutup pencalonan Tokoh Wartawan Negara, Tokoh Media dan Anugerah Khas adalah pada 31 Mac 2024.

Mari bersama raikan kecemerlangan dalam dunia kewartawanan dengan tidak melepaskan peluang menghantar karya terbaik anda!