ANUGERAH
KARYA KEWARTAWANAN TERBAIK 2023 DIIKTIRAF
118 pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2023 (HKM 2023) menerima pengiktirafan masing-masing dalam majlis gilang gemilang Malam Wartawan Malaysia yang berlangsung pada 7 Jun lalu.
22 kategori dipertandingkan pada edisi HKM kali ini. Pemenang emas setiap kategori membawa pulang wang tunai RM 10,000, trofi serta sijil. Manakala pemenang perak menerima RM 3,000 dan pemenang gangsa RM 2,000.
Penerima Hadiah Kajai dan Tokoh Wartawan Negara membawa pulang wang tunai RM 30,000 beserta trofi dan sijil.
HKM diperkenalkan pada tahun 1980 bertujuan memberi pengiktirafan terhadap karya-karya terbaik kewartawanan yang dipertandingkan pada tahun tersebut. Hadiah para pemenang ditaja oleh PETRONAS disampaikan pada Malam Wartawan Malaysia.
Azira
0
Tags :