CIDB lantik MPI, SJA dan KDJA uruskan Anugerah Media Pembinaan 2016

Logo CIDB

KENYATAAN MEDIA

Anugerah Media PEMBINAAN CIDB 2016: BUKA PENCALONAN UNTUK MEDIA SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK

KUALA LUMPUR, 3 Mac: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sekali lagi akan menganjurkan Anugerah Media Pembinaan CIDB dengan penyertaan pada tahun ini turut dibuka kepada pengamal media di negeri Sabah dan Sarawak.

Aungerah berprestij industri pembinaan yang sebelum ini tertumpu di Semenanjung Malaysia mendapat kerjasama penuh Kementerian Kerja Raya (KKR) disamping, Malaysian Press Institute (MPI), Kuching Division Journalists Association (KDJA) dan Sabah Journalists Association (SJA) yang berperanan sebagai urusetia.

Menariknya pada tahun ini, anugerah yang akan disampaikan pada Malam Media KKR 2016 pada penghujung tahun ini bakal menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sehingga RM90,000 untuk semua kategori.

 

Oleh yang demikian, CIDB mengalu-alukan agar lebih ramai media di seluruh negara menghantar hasil karya masing-masing yang diterbitkan bermula dari 1 Ogos 2015 sehingga 30 Julai 2016.

Semua karya hendaklah berkisar tentang isu pembinaan atau isu-isu seperti yang terdapat dalam Program Transformasi Industri Pembinaan atau Construction Industry Transformation Programme (CITP) iaitu Kualiti, Keselamatan dan Profesionalisme; Kemampanan Alam Sekitar; Produktiviti; dan Pengantarabangsaan industri pembinaan. Maklumat berkenaan CITP boleh diperolehi di www.citp.my.

Setiap karya sama ada berbentuk teks, audio, video atau foto hendaklah dihantar beserta deskripsi dan borang penyertaan kepada MPI, KDJA dan SJA selewat-lewatnya pada 30 Julai 2016 mengikut kategori seperti berikut:

  1. Anugerah Media Cetak (Berita & Rencana)
  2. Anugerah Media Elektronik & Online Broadcasting (Berita & Rencana)
  3. Anugerah Fotografi

Pemenang pertama bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai RM5,000 manakala pemenang kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM3,000 dan RM2,000 berserta sijil penghargaan dan trofi.

Tahun lepas, bagi kategori Media Cetak, Berita Harian dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama diikuti oleh Harian Metro bagi tempat kedua dan ketiga. Manakala bagi kategori Media Elektronik & Online Broadcasting (Berita & Rencana), RTM mengungguli tempat pertama diikuti oleh TV3 bagi tempat kedua dan ketiga. Sementara, tiga jurugambar The Star membolot kesemua Anugerah Fotografi sempena Malam Media KKR 2015 yang telah berlangsung di ibu negara.

Anugerah Media Pembinaan CIDB ini mula diperkenalkan pada tahun lepas sebagai menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan CIDB kepada para pengamal media sempena ulangtahun penubuhannya yang ke-20 tahun. Pada masa sama, CIDB ingin mengiktiraf sumbangan media menerusi karya-karya yang banyak meningkatkan kesedaran umum tentang isu-isu penting berkaitan sektor pembinaan seperti kelestarian hijau, mekanisasi, kuailti kerja, keselamatan dan kesihatan di tapak bina.

Maklumat lanjut dan borang penyertaan Anugerah Media Pembinaan CIDB 2016 boleh diperolehi di www.mpi.my atau www.cidb.gov.my atau menghubungi :

 

Media : Semenanjung Malaysia

Nama: Pn. Norlida Jamain

Telefon : 03 2095 2013 / 010 2263 865

Email : norlida_mpi@yahoo.com

 

Media : Semenanjung Malaysia

Nama: En. Salman Husni Abdollah

Telefon : 03 2095 2014 / 013 3658 511

Email : bukitledangmpi@yahoo.com

 

Media : Negeri Sarawak

Nama: En. Jong Kiat Seng

Telefon : 014 9939 950

Email : jyongks@msn.com

 

 
Media : Negeri Sabah

Nama: En. Francis Fahir

Telefon : 019 5818 070

Email : rtmfrancis@yahoo.co.uk

 

 

——————————————————————————————————————–

Mengenai CIDB

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) ditubuhkan menerusi Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520) bagi membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada professionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.

——————————————————————————————————————–

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Abdul Rakis Santa   rakis@cidb.gov.my            03-4047 7018 / 012-6 2003 60

Noryani Ismail         noryani@cidb.gov.my         03-4047 7027 / 019-285 6867

Tags :